SOALAN SUBJEK PENGURUSAN GERKO


1)Berikan 2 Akta penubuhan diluar institusi pendidikan yang perlu didaftar.

    =  i)Akta Pendaftaran Pertubuhan.
       ii)Akta Parlimen.


2)Berikan 8 prosedur penubuhan persatuan yang tiada badan induk.

    = i)Perundingan antara pengetua/guru besar dengan guru yang terlibat.
      ii)Pemakluman pada pejabat pelajaran daerah (jika perlu).
     iii)Menyediakan perlembagaan dan undang-undang.
     iv)Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli.
      v)Mendaftar keahlian.
     vi)Menghadkan mesyuarat agong dan pemilihan jawatankuasa kerja.
    vii)Merancang dan melaksanakan aktiviti.
   viii)Membuat pelaporan aktiviti kepada pentadbiran sekolah.


3)Berikan 5 bidang tugas pengerusi.
    
    = i)Mengurus dan mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan.
      ii)Melaksanakan keputusan mesyuarat agong dan mesyuarat jawatankuasa kecil.
     iii)Mempengerusikan mesyuarat pertubuhan.
     iv)Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan.
      v)Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Comments